Wednesday, 13 July 2011

Kenangan Terindah 10 minggu

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
hampir seminggu dah sy masuk kerja..selepas MC selama 2 weeks..harini hari ke 21 selepas sy selamat menjalani prosedur ERPOC..
23.6.2011-tarikh nie menjadi kenangan bg sy..bukan kenangan manis tetapi kenangan yg amat melemahkah diri yang bernama insan biasa..saat terpaksa berpisah dengan cinta hati kami..sy redha bukan rezeki sy lg untuk memilikinya..
Namun kesempatan 10 minggu yg dianugerahkan pd saya adalah saat yang terlalu indah..saat berita gembira itu menjadi milik saya..10 minggu sememangnya kenangan paling indah dalam hidup ini..sukar untuk diungkapkan..
InsyaAllah sy xkan berputus asa..dan sentiasa bersangka baik padaNya..saya yakin dan percaya jika ade rezeki saya dengan izinNya ..keajaiban itu pasti menjadi milikku..Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk aku terus berusaha dan memohon padaMu agar dikurniakan cahayamata yang sihat sempurna dan kebahagiaan menjadi milik kami..Aminn

note: untuk kenangan peribadi..
LMP:11.4.2011
ERPOC:23.6.2011 (10 weeks)

No comments:

Post a Comment